Monday, June 29, 2009

Menu hari ni....

Hari ni cik P datang..rasa lapar je perut ni....ni menu mak doyah hari ni..

Pagi : Nasi goreng bodoh 1 senduk kecik ( kak gerau tau kenapa nama nasi goreng bodoh kan...), tak tahan tengok diorang makan, so makan la jugak + telur separuh masak dua sudu..heheheh..+ air kosong
Snack : epal hijau sebiji
Lunch : Nasi satu senduk setengah, ikan kerapu masak kicap pekat , bendi rebus, sambal belacan
Snack : old town white coffee, kerepek pisang beberapa keping
Dinner : Pecal ( kangkung, timun, kacang panjang) ngan kuah pecal mak mertua
Air kosong - lebih kurang 3 liter

Ni la gambar2 makanan yang sempat di tangkap, yg takde tu dah selamat kena ngap...




Ikan kerapu masak hitam yang manis




sambal belacan idaman kalbu dan okra rebus orang malas




Pecal mbah kanah , kuahnye diimport dari sungai besar, sabak bernam..sedapppp....ada tambahan mee hun , ada beberapa bahan takde, patutnya ada tauge, sengkuang, lagi terangkat...

Petang ni berjaya exercise , kayuh beskal 40 minit (burn about 250 calories) , exercise dgn gym ball ( push up, sit up, thigh, arm - 10 minit) .

Kebaikan kekal cergas dan Aktif


Ni dapat dari blog Kevin gak...Copy dan paste dari blog dia jugak ni...banyak faedahnye..so kawan-kawan, let's keep fit and active...

Mari kita lihat faedah yang biasa apabila kita cergas dan aktif

  1. Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.

  2. Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu.

  3. Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain.

  4. Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan.

  5. Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.

  6. Melegakan tekanan! Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini.

  7. Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.

  8. Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu.

  9. Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina.

  10. Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun.

  11. Anda kelihatan lebih muda. Senaman akan mengurangkan kehilangan sistem antioksidan yang melawan radikal bebas dalam tubuh kita


Nota kakiku : I like no 9.......kak gerau dengan Zel ... suka tak no 9 ni???

Panduan dari Kevin Zahri

Tengah godek2 website kevin ni...

http://kevinzahri.com

Banyak info, jumpa la satu soalan ni, boleh dijadikan panduan untuk turunkan berat badan, Mak Doyah sekarang cuba nak ikut macam ni..Kevin ada keluarkan buku Fitness 24/7 , ada BM version Cergas 24/7 ..Nak beli la buku Kevin ni, nampak best buku dia, ...soalan ni dicopy and paste dari website Kevin....

Soalan

hai, bro kevin i nk tnya ni.. skarang i tgh dalam proses diet dh 6 bulan.. saya tak mkn nasi just roti and sayuran jerk.. prubahan tu ada jugak dripada 100kg skrg 90kg… bleh bg tips2 nk diet tk? about pemakanan la…

Jawapan

Firstly, tahniah kerana berjaya mengurangkan berat from 100 to 90. Do note bahawa as you lose weight, ia akan menjadi lebih susah untuk teruskan progress. Kenapa? Kerana apabila berat badan menurun, keperluan kalori pun berkurangan.

Ok dari segi pemakanan untuk weight loss. Here are some panduan

  • tetapi makan 5-6 kali sehari
  • Pastikan makanan anda seibang tetapi kurangkan pengambilan carbo dan daripada biasa. Protein sama je macam biasa.
  • Jangan skip meal (ever!)
  • untuk permulaan elakkan minuman berkalori. Stick to water, teh/kopi “kosong” atau minuman “diet”
  • elakkan snack malam. If you have to, minum glas susu rendah lemak.
  • again, skip meal!

Walaupun anda melalui proses weight loss, kalau bole kita nak elakkan daripada kehilangan banyak otot2, so kalau boleh kekalkan latihan/senaman bebanan.

Am I coffeeholic?.

Ngantuk seh...nak buat keje pun malasss..tengah duk usha sofa depan TV tu..kalau dapat landing best tuh...dah la hujan kat luar..tapi malas ar nak tido, nanti terbabas sampai petang...so Mak Doyah buat kopi kegemaran ..old town white coffee 3 in 1 ..bestnye kopi ni..memang addicted betul la dgn coffee, sekarang cuba kurangkan..tak ambik hari2, tapi coffee kat dalam gobok tu macam panggil2 jek suruh minum dia...so carik dalam website Kevin Zahri ni pasal coffee..dia pun coffeeholic rupanya..so ni pasal pro and cons about coffee..Mak Doyah copy and paste dari website dia..

The Good!
Lets start with the “good” things about coffee:(caffeine)
  • It tastes awesome! Well, probably a personal opinion here.
  • Keeps your awake. Its a stimulant.
  • Its a great source for antioxidants.
  • Used as a fat burning ingredient in most, if not all, thermo based supplements.
  • Coffee has a mild diuretic effect. means more trips to the bathroom.
  • Can increase your mental performance and ability to focus
The Bad! Now to the bad side of coffee:
  • Can cause irritable Bowel Syndrome.
  • It is a stimulant so obviously there are short term side effects such as restlessness, insomnia etc.
  • In the long term, coffee has been linked to Osteoporosis
  • Coffee is diuretic. Hence can increase dehydration.
  • Coffee is not addictive but can cause caffeine withdrawal syndrome (headaches, lethargy etc)

Sunday, June 28, 2009

Makan apa hari ni?

Hari ni boleh kontrol sikit makan. Semalam (Sabtu) diet hancus mancus, makan Mc D la, popcorn la, pasembor, murtabak, macam2 lagi la..Semalam pegi tengok transformers, best sangat...sapa 2 lum tengok, dinasihatkan pegi la tengok, Mak Doyah bagi 5 bintang untuk citer ni...minggu depan citer Ice Age 3 pulak...macam best gak ....
Ok la, ni apa yang Mak Doyah makan hari ni...

Sarapan : Minuman Oat
Snack : pisang emas dua biji
Lunch : nasi campur kat kedai - lauk ayam kari, tempe goreng sambal, kerabu pucuk paku, peria goreng tepung
Snack : susu anlene + kek 1 slice kecik
Dinner : sup sayur bayam + sup ikan
Snack : Susu HL dgn Bliss yogurt

Tu la makanan hari ni, tapi hari ni tak exercise, malas melanda + sakit kepala, rasa cam nak datang cik P ni, perut pun macam buncit semacam je ni.....

Entri Sedih

Hari semalam Mak Doyah sedih sangat sebenarnya..walaupun pergi berpoya-poya tengok Transformers dgn family Mak Doyah semalam ,tapi dalam hati sedih tau..
Semalam Mak, abah dan kakak Mak Doyah pegi menunaikan umrah..sedih sangat sebab tak dapat jumpa diorang sebelum diorang pergi, tak dapat hantar diorang, dapat call dengar suara je....tu yang sedih.. 9 Julai ni baru diorang balik, semoga selamat hendaknya kat sana, dan selamat balik semula ke Mesia nanti....Lagi sedih sebab patutnye Mak Doyah pun ikut sama, tapi sebab tak de sapa nak jaga si Doyah ngan abg Doyah kalau abah Doyah pegi outstesen, so tak jadila Mak Doyah nak ikut..tu la lagi sedih..uwaaaaa.....Tapi takpe la, lain kali la Mak Doyah pegi...insyaallah...

Friday, June 26, 2009

Diet ke Gunung Kinabalu pulakkkkk.....

Kihkihkih...malu rasanye nak tulis menu hari ni..dah janji nak tulis food diary ngan kak Gerau, so terpaksa rela la tulis..kak Gerau, jgn ikut food diary mak doyah hari ni tau...
Pagi : Roti sekeping, telur half cook sebiji , susu anlene segelas
Snack : Epal hijau
Lunch : Nasi 1 senduk, ayam goreng seketul, sup sayur bayam, kacang buncis
Snack (before workout) : Nescafe 3 in 1 ( cuba elakkan susu pekat manis)
Snack (after workout- nak alas perut sblm dinner- lapar lepas workout ooo) : sup sayur bayam.

mmm..tgk food diary yg atas tu ok la kan, suci je semua makanan tu, cam baik je semua..tetapi..bila malam.....
Dinner abah doyah nak belanja, so takkan nak tolak rezeki : Pizza hutttttt....mak doyah makan bolognaise spagetti 1/2 , pizza satu slice, strawberry yogurt, salad...ni la menu yg musnahkan semua diet yg baik pada waktu siang ittew......

Tapi sebelum pegi dinner, petang dah siap2 buat workout , kayuh beskal 45 minit, bakar dalam 300 kalori..boleh la kot cover balik satu slice pizza tu..pagi lak telah mengemop lantai, mungkin dalam 50 ke 60 kalori, kemas2 umah, 50 kalori..mmm ..harap2 tak lebih la 1400 kcal hari ni....
Gambar utk lunch tak sempat nak amik gambar, sebab abah doyah ngan abang doyah dah macam singa lapo balik dari solat jumaat, terus ngap...So layan je la gambar ni...





Tadi pegi beli gejet baru....ni dia...konon2 untuk nak senang buat push up..



Si Doyah lak yang sibuk ngan bola ni...mak doyah ada jumpa satu video clip buat push up guna bola ni, cam senang je, nanti mak doyah upload ye..malam ni malas la nak cari..sebab mak doyah sedih sikit malam ni..kenapa mak doyah sedih??? Ada la..nanti la mak doyah cerita dalam episod akan datang...tungguuuuu.....

Thursday, June 25, 2009

Puasa lagi

Hari ni puasa lagi...masak ni je... sup ayam, ayam masak merah, kangkung belacan dan telur dadar.
Menu berminyak je hari ni..bukan menu untuk orang diet....




Kejap je, licin semua......dah dua hari tak exercise, sebab puasa, tak larat mak doyah...respect betul la dekat Zel yg rajin exercise 2 kali sehari sekarang, dan juga Ika yg masih exercise walaupun dia puasa...

Si Doyah...





Ada satu permintaan Kak Gerau tu, suruh letak gambar si Doyah pakai sepentot Dora (Doyah)..memang ada gambar tu, tapi takut lak nak letak, sebab hari tu ada baca blog blog Makcik Raihan pasal ada org telah salah gunakan gambo si Mencah naik basikal nampak spentot, org tu telah gunakan gambo tu dan masukkan kat forum yang bincang pasal gosip yg lucah..kesian Mencah, gambo dia dieksploitasikan oleh org yang tak bertanggungjawab...so tak jadilah nak letak gambo Doyah ngan spentot tu.....Ni ada la gambo dia yg terbaru...

Wednesday, June 24, 2009

Berapa Kalori diperlukan sehari untuk turunkan berat..

Jumpa info ni dalam blog Syima. ..die..diet..die..blog dia memang penuh ngan info pasal diet..so Mak Doyah ikut kiraan yg dia bagi untuk tahu berapa kalori MAk Doyah perlu untuk turunkan berat badan..ni Mak doyah copy paste dari blog Syima...

Berat Dalam KILOGRAM x 2.2 x faktor kecerdasan = dapat kalori untuk memaintainkan

(Berat Dalam KILOGRAM x 2.2 x faktor kecerdasan) - 500 kalori = dapat kalori untuk menurunkan berat badan.

(Berat Dalam KILOGRAM x 2.2 x faktor kecerdasan) + 250 kalori = dapat kalori untuk menambahkan berat badan.


apakah itu faktor kecerdasan? just one of my reka2 term.. utk menyukat beberapa gediknya anda bergerak..

jika anda ni seperti siput ..asik bergolek .. pusing kiri kanan jer sebagai bersenam = 13

jika anda ni rajin2 basuh pinggan, bergerak ambil air sendiri tanpa suruh orang, bersenam 45minit kebawah = 14

jika anda rajin basuh kereta , cuci tandas, bersenam 45 minit keatas = 15


So semua boleh kira sendiri, dan tahap kegedikan tu, sendiri tau la kan...

Apa yang Mak Doyah buat....dan apa yang mak Doyah ada...

Semenjak baru buka blog ni, jadi tersangat la rajinnye nak tulis blog, padahal keje Mak Doyah belambak atas meja tu....Ni entri pasal apa Mak Doyah buat untuk turunkan berat badan...
Mak Doyah start nak kurus bermula masa bulan 12 tahun lepas (2008), masa tu MAk Doyah balik kampung, dan Mak Saudara Mak Doyah yang telah terlantar lama sakit kencing manis (telah dipotong kaki) dan sakit buah pinggang telah kembali ke rahmatullah...dan sepupu2 Mak Doyah (anak2 arwah) dari 5 orang, 3 orang telah mewarisi penyakit kencing manis tu, walaupun masih muda , sorang tu dah kena potong ibu jari kaki , umur baru 40...jadi MAk Doyah rasa terpukul sangat, sebab dia kakak abah Mak Doyah..jadi kebarangkalian untuk mendapat penyakit yang sama adalah sangat tinggi, lagi pun masa Mak Doyah pregnant, Mak Doyah ada lebih gula dalam darah gak, kencing manis la tu..jadi sangat la takut......jadi Mak Doyah telah mengambil keputusan drastik untuk cuba menjadi sihat yang utamanya, jadi kurus tu adalah bonus....

So mula-mula Mak Doyah diperkenalkan dengan Herbalife....
Memang bagus herbalife ni, herbalife telah mendisiplinkan perut MAk Doyah dan mengecikkan perut Mak Doyah yang dah lama beso...jadik bila kecik kantung perut tu, kurang la ambik makanan n boleh kontrol food portion...Dulu makan nasi sepinggan penuh, kalau tak cukup tambah lagi, sekarang dah tak boleh tambah, nasi pun satu senduk jek...dah kenyang...Herbalife bukannya ubat diet, tapi makanan tambahan...berat mak doyah turun dalam 9 ke 10 kg masa ambik herbalife ni..Tapi mak doyah terpaksa berenti ambik sebab mahal sangat la, mak doyah dah la desperate housewife..tak keje, 3 bulan setengah je ambik...lepas rasa macam boleh kontrol makan..mak doyah buat diet sendiri..Clap2 to Donut sebab dah jadik pengedar herbalife..

Lepas tu mak doyah selalu dok belek2 orang punye blog macam blog Bim, Reen, Zel , Ika, cek adek manes..tengok cara diorang control makan dan exercise, so Mak Doyah ikut la, walaupun cara ni lambat, tapi still boleh turun dgn selamat..tak pe..slow and steady...
So ni la gajet-gajet mak doyah guna untuk menyihatkan dan menguruskan badan..

Ni la beskal kesayangan MAk Doyah..


Mak Doyah suker.....


Hari ni puasa, tetiba petang tadi gatal nak timbang....ni keputusannya...

Jadik suka la Mak Doyah, ada turun sket...
Turun sket selepas control food portion, kayuh beskal, puasa..aerobik tak buat semenjak balik dari kampung..malas betul la nak beraerobik ngan Bob Harper tu...agaknye sebab sekarang TBL buat siaran ulangan je kan, so semangat ku nak berworkout ngan Bob dah luntur....
Berbuka tadi makan Pajeri terung,
dgn ayam goreng.....heheh.sorry kakak gerau ngan ika, gambo atas lantai lagi...



Sangat la oily nye kan..nasib baik guna corn oil, tapi masih jugak minyak...maaf le..buruk beno rupa pajeri terung Mak Doyah...tapi rasa ok...habis licin Abah Doyah makan.....

Tetapi....ada tetapi tu, lepas solat maghrib, pegi keluar One Borneo sebab nak beli tiket transformers, lepas beli tiket...Mak Doyah dengan gatalnye telah masuk ke dalam kedai BIG APPLE DONUT...huaaaa...habis rosak diet Mak Doyah..Si Doyah ngan Abang Doyah apa lagi sukala ...jadi telah membeli 4 donut, satu sorang jek, sebab kalau beli banyak habis jugak nanti..dan tentunya Mak Doyah yang akan makan banyak nanti, so beli satu sorang jek...
Balik rumah makan dengan Old Town White Coffee..ohhh..sungguh heavennnn....so hari ni macam ke laut Tanjung Aru pulak diet Mak Doyah...tapi rasanya belum lebih 1400 kcal rasanya..sebab puasa..lagi pun sahur tadi sempat minum susu HL jek..tak sempat makan, bangun lambat...

Tuesday, June 23, 2009

Diet Mak Doyah ke laut Karambunai hari ni






Cuti sekolah dua minggu hari tu balik kampung, telah melantak sampai tak hengat dunia. Sedapnyer makanan kat semenanjung...paling tak tahan nasi lemak pagi2, nasi lemak bodoh pun sedap....lagi ada banyak kenduri kendara pegi, makan nasi minyak puas2, sebab semenjak balik ke kk bulan 12 hari tu, sampai la balik semula bulan 6 ni, tak pernah la ada pegi kenduri kawin kat sini, ye la , tak de orang jemput..jadik ni adalah sesi balas dendam makan nasik minyak ...akibatnya Mak Doyah naik 2 kilo, kalau naik 2 kilo ( macam timbang gula la pulak) tu daripada berat 50 kilo tak pe la jugak....ni dari 61 kilo jadik 63 kilo..dalam masa 2 minggu boleh naik 2 kilo...isk, isk...
So start balik diet , tapi hari ni ke laut Karambunai diet Mak Doyah...sebab pagi2 dah termakan nasi ngan sambal ikan bilis lebih buka puasa semalam..tghari makan nasi ngan sup ikan merah sambal telur dgn sayur kobis, ni masih ok sebab nasik makan sikit jek..tapi tetiba time petang tu, makcik sebelah telah memberi sepotong besar kek pandan bertoppingkan coklat yang amat la lazat berkrimnye, disukai ramai...tanpa berpikir walau sesaat pun Mak Doyah terus ngap tiga slices kecik (kecik??), heaven betul....jadik nak tebus balik kesalahan tu, terpaksa la Mak Doyah kayuh beskal tu lebih dari 40 minit hari ni..tapi tu pun 40 minit baru burn 250 kalori jek..camana? harap2 semua makanan yg Mak Doyah makan hari ni tak lebih dari 1400 kcal, kalau tak mau naik lagi berat MAk Doyah.....Layan la apa Mak Doyah makan hari ni...

Monday, June 22, 2009

Aku Mak Doyah

Kenapa nama aku mak Doyah? Nama panggilan ni disebabkan oleh spender si Ain Tembun tu. Ain suka pakai spender Dora, sangat suka, sampaikan bila jumpa orang je nak tunjuk spender Dora dia. Tapi disebabkan dia tersangat la pelatnye ala-ala pingu cakap jerman, Dora jadila Doyah. Hari tu masa pegi melawat kawan2 kat opis lama, dia dengan bangganye telah menunjukkan pada makcik-makcik Joyah kat opis tu spender Dora dia. Masa tengah makan sambil gebang-gebang ngan makcik2 joyah tu, Ain telah menyelak gaun dan tunjuk pada makcik joyah 1 a.k.a kakak gerau tu, sambil berkata , ni Doyah, Doyah..dengan banggenye...jadi aku secara rasminya telah diberi nama baru oleh kakak gerau...Mak Doyah....

aku dah ada blog

Setelah berbulan-bulan asyik baca blog orang, akhirnya aku berjaya buat blog sendiri. Dah lama beli buku, tapi tak sempat nak buat..tapi baca blog orang sempat pulak ek..ntah apa-apa la makdoyah ni..