Thursday, November 19, 2009

Susahnya nak cari rumah di Labuan

Dah lama tak update blog, nak kata busy tak la busy sangat jugak, tapi tengah susah hati ni sebab belum dapat rumah di Labuan. Esok nak pegi Labuan ni nak pegi survey rumah. Dapat je yang berkenan terus je la nak book. Kat sana rumah sewa mahal la, lagi mahal dari KL rasanya. Kawasan yang murah sikit tu selalu kena catu air pulak tu, ni yang risau ni. Doakan kami dapat rumah yang sesuai ye kawan-kawan.

Tuesday, November 3, 2009

Jalan-jalan cari pasal





Langkah Syabas Beach Resort

Minggu lepas abang Doyah habis peksa, so bawak la diorang ni jalan-jalan cari pasal ke Langkah Syabas Beach Resort kat Kinarut. Tak jauh pun dari rumah, dalam setengah jam je. Dah lama nak pegi sini, tapi asyik penuh je....Tengok kat websitenya macam best jek, so cuba la. Satu malam boleh tahan regenya, RM180, utk Superior Chalet. Kat sini chalet tak banyak, sebab tu selalu penuh, esp. cuti sekolah ler. Sangat sesuai kalau nak buat family gathering atau family day. Aktiviti Doyah ngan abang Doyah berendam kat swimming pool la, apa lagi.




Aktiviti paling disukai oleh Doyah









Doyah dan kuya-kuya (kura-kura)





Kitorang conquer kolam, masa ni dah pukul 9 pagi, orang ramai tido lagi, sebab malam tu ada satu majlis hari keluarga, diorang berkaraoke sampai pagi. Doyah ngan abang doyah mandi sampai kecut-kecut satu badan.




Kat dalam bilik







Kat luar bilik




Doyah cakap Bestttttt.....


Nak balik dah masa ni....bye......Tak tau lagi bila dapat datang, sebab kami satu family akan berpindah ke LABUAN hujung tahun ni. Bye bye Kota Kinabalu.....



Friday, October 16, 2009

Open house

Open house yang tak berapa open, panggil beberapa family datang beraya, kat sini kalau tak ajak orang tak datang...nanti kuih raya mak doyah tak abis pulak...cewahh..macam la banyak sangat kuih raya kita...










Antara tamu yang datang...



Menu ringkas je buat...Mee bandung muor, soto muor, puding, kuih raya..tu je..









Kuah soto..abis suda...tak ingat langsung nak ambik gambo makanan masa lepas masak, sebab kelam kabut, hidang je semua tetamu pun sampai....


Mee bandung Muor..ni je yang sempat ditangkap gambo...




Kuih raya....




Posing sikit la, sebelum orang datang...















































Monday, October 5, 2009

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin

Salam semua, balik dari beraya ni adalah sangat sibuk dan sangat malas nak update blog. Dah kena kejar dengan editor-editor pasal kerja tergendala semasa raya. Bawak balik kerja tapi satu hapa pun tak buat, so sekarang kena pulun la habis-habisan.


So layan je la gambar raya kitorang ni..


Selamat Hari raya dari kami sekeluarga...


dengan in- laws




Doyah di pagi raya.....tudung masih melekat atas kepala..jap lagi ntah kemana tudungnya...




Doyah dan sepupunya..sama tak muka kitorang?




Doyah dan sepupu-sepupunya....susun atur ketinggian sepupu sepapat....














Sunday, September 13, 2009

Muka-muka boring ikut shopping...

Ni la aksi-aksi muka orang yang boring tunggu Ibu shopping tudung....tu bukannya shopping kat Ariani cam kak Gerau yang cuba satu kedai tudung, kedai tak Ariani je yang ada kat kota kinabalu ni..



Muka toya je..




Ni lagi toya, penat puasa..tengahari buta lak tu ibu shopping..mana tak penat abang doyah...



Doyah tak puasa , suka hati baru lepas minum ribena dalam kereta, depan abang doyah, abang doyah telan air liur je tengok doyah minum ribena..hehehehe..




Suka hati...




Doyah suka buat-buat muka...



Lepas tu pegi shopping kasut pulak....






Acara berposing dengan kasut baru, baju bukan baju raya, tu pakai nak pegi masjid nak terawikh..tapi sempat posing dulu....

Minggu ni sibut sangat nak shopping apa-apa yang patut, barang-barang raya, ikan bilis, udang kering , ikan masin yang dikirim, jadi tak sempat masak sangat..banyak beli kat Param dengan makan je kat luar...ni je apa yang sempat dimasak...

Cencaru sumbat



Krabby Patty Spongebob Squarepants




Roti John


Padprik campur

Monday, September 7, 2009

Entry carca marba....

Dah berapa hari tak update entry..so ini adalah entry carca marba..semua makanan yang dimasak untuk 4 ke 5 hari lepas kasi campur semua , sebab tak ingat dah masak utk hari apa...
Cuba buat murtabak mini , resepi ambik dari blog Lelayong ke..lupa pulak..senang je nak buat sebab guna kulit popia, tak yah susah-susah buat roti canai untuk kulit luarnya...


Mini murtabak

Selain dari tu...




Kerabu udang...sedapppp..



Ikan kerisi berlado...


Nasi daging...huhuhu..nasi daging mak doyah terlembik la pulekkk...



Rendang ayam..semalam buat rendang ayam...




Makan dengan nasi impit....dan juga kuah soto ADAMI yang sedap tuh....



mmmm..yummy..teringat masa hari raya...jemputlah makan ye....

Thursday, September 3, 2009

Nasi goreng udang

Semalam buat nasi goreng udang je..abah doyah takde, outstesen lagi ke Tawau..so masak simple je la...


Nasi goreng udang + telur mata kerbau + ayam goreng

Dan masak tuna roll



Tuna roll

Hari ni timbang berat, sangat happy la mak doyah ....ada penurunan..yehaaaaa...60.1 kg, setelah berada pada berat 61-62 kg selama 2 bulan ...harap2 boleh dapat angka 5.....lepas tu lepas raya naik balik...hehehehe..

Monday, August 31, 2009

Menu hari ke 8

Menu hari ke 8




Ikan kerapu goreng kicap

Diorang suka kerapu masak kicap dari masak sweet sour...so masak la kerapu kicap hitam legam ni..




Butter prawn



Kuey Tiau Goreng



Ni la hidangan kami.....Hari ke 7 dan 9 takde, sebab makan kat luar.......malas la tuh...hehehhe

Thursday, August 27, 2009

Bendera merah suda ba......

Bendera merah dikibarkan tepat pukul 5.30 pada hari selasa, lagi satu jam je lagi nak berbuka..geram la pulak, tapi nak buat camana kan...Ok la, ni menu berbuka hari ke4 , 5 dan ke 6 puasa...

Menu hari ke 4




Asam pedas ikan pari



Menu hari ke-4 - asam pedas ikan pari, ayam goreng + ikan goreng , sayur kobis masak kicap, kurma + anggur, air sirap bandung

Menu hari ke -5




Ayam masak lemak cili api




Cucur udang



Menu hari ke 5 - ayam masak lemak cili api, ikan goreng, terung rebus, cucur udang, kurma + dragonfruit , apple juice


Bersahur lak Abang Doyah request ni, simple pizza lagi..



Tapi pakai slice cheddar cheese, so tak jadi la macam pizza...jadi la macam ni...



Tapi tak pe, dia suka..habis makan ...mak doyah cari cheese utk buat pizza kat Giant, tak de, mana nak cari ni...nak tanya sesiapa la kan, cheese untuk buat pizza tu mozzarella aje ke? boleh tak guna cheese yang lain..heheheh..kita tak tau ....

Menu hari ke -6



Sambal telur




Hari ni abang doyah request nasi lemak : nasi lemak , sambal telur, ulam pegaga + timun , sosej, sambal ikan bilis kering, kurma + anggur, macaroni goreng ( lebih doyah makan masa lunch)

Cuba bungkus nasi lemak guna daun pisang, sebab nakkan aroma daun pisang, tapi fail...tak boleh bukak kedai nasi lemak lagi la...



Tu ar rupanya...tak cantik kan....nasi lemak 5 hengget ni.....