Pemandangan dari bilik...

Nak keluar pi makan steamboat....Mak doyah makan tak ingat diet..

Boleh kayuh basikal kat waterfront..

Posing2 kat Waterfront..sambil lepak2 tengok sunset..
Lepak lagi kat lobby...
Apa yg best ntah 3 beranak ni....
On the way balik singgah Sepilok...
Orang Utan Rehab , Sepilok, time sampai ni kul 9.30 pagi, kalau nak tengok orang utan ni , kena tunggu masa diorang bagi makan iaitu pukul 10.30 - 11.00 pagi, sebab lama lagi kena tunggu, kitorang decide tak masuk dalam tengok orang utan , sebab perjalanan balik ke kk jauh lagi, lagi 6 jam..so bergambar je la..dan tengok -tengok kawasan ni kejap....so teruskan lagi perjalanan...
Gambar gunung kinabalu yang sempat di tangkap dalam perjalanan..
Singgah kat Ranau, sempat mencuba urutan ikan kelah kat Sg Morali..mula2 cuba geli betul sebab ikan-ikan tu besar-besar giler..ada yang umurnya 8 tahun, tapi lama-lama baru syiokkk....
Tengok la saiz ikan yang besar giler tu..ikan-ikan tu sedut-sedut kaki dan tangan...letak makanan dalam tangan dan letak dalam air, ikan berebut-rebut sedut, memang geliiiii....
Si Doyah mula-mula berani dan excited tengok ikan..masa ni kat tepi ikannya kecik-kecik je..lepas tu.....
Doyah dah takut, gaun pun dah terangkat....
Bila datang ikan-ikan besar, Si Doyah dah takut, mula la angkat gaun, nampak spentot Doyah dia...menjerit..toyong..toyong ... fish geget...fish geget...dia takut bila ikan besar kerumun kaki dia..ikan tu tak gigit pun sebenarnya, tapi ikan tu hisap..yg gelinya sebab badan ikan tu licin walaupun bersisik, rasa macam badan katak atau ular...memang la geli..bila ikan yg besar hisap kaki dia lagi la dia menjerit, last2 nye dukung je....boleh duduk dalam air tu selama 15 minit je, sebab ramai org tunggu turn nak masuk sungai ni, satu group dalam 10 orang je, diorang tak bagi masuk sekali ramai, nanti tak dapat merasa ikan berkerumun banyak-banyak kat kaki..kalau nak mandi sama-sama ngan ikan pun boleh, tapi tak de la Mak doyah nak berendam ngan ikan besar2 cam tu...rendam kaki je pun dah geli geleman...
Lepas tu terus kan semula perjalanan kitorang, singgah kat kundasang beli sayur, kat sini banyak jual sayur, macam Cameron highland la kiranya....sampai rumah dalam kul 4 petang, penat giler....malamnya Mak Doyah demam...Doyah pun demam, agaknya terkejut sebab kena geget ngan fish kot...hehehehehe