Tuesday, March 29, 2011

Dalam Proses pemindahan dan timbangan ke 4

Cahaya dan kawan-kawan CYC, saya minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat update food diary saya selama 2 minggu ni, sekarang saya dalam proses berpindah ke semenanjung, rumah pun tak ada ni, duduk pun di hotel, hari ni saya dapat timbang kat Gym hotel, tapi tak bawak kamera atau telefon, so tak dapat nak ambik gambar, berat naik seperti yg dijangka sebab makan tak jaga, sebab tak masak, dan ada banyak sangat majlis makan-makan sempena nak berpindah ni..huhuhu..dan makan buffet di hotel yg ada macam2 makanan, tak tahan godaan betul...walaupun saya pegi gym exercise, tapi masih tak boleh tampung kalori yg diambil tu..berat saya pagi ni adalah 70 kg. Naik 100 gram dari minggu lepas....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, March 21, 2011

Timbangan ketiga

Sedih betul....dah muncul angka 6, tapi sipi-sipi jek tau..mencikkkkk...tapi memang patut pun berat turun 200 gram jek, sebab tak exercise langsung, food diary pun tak buat, so terima lah padahnyer..huhuhuhu..tahniah kat cahayer sebab telah turun berat yang banyak...:))

Friday, March 18, 2011

Maaf, tak update food diary

Saya sekarang sangat-sangat sibuk dengan persiapan nak pindah, jadi tak sempat nak update food diary, setakat ni makan masih boleh kontrol. tapi tak tau la weekend ni macamana, tengok la resultnya masa penimbangan hari selasa depan ni...tak sabar nak tengok hasil timbang berat cahayer ni sebenarnyer..hehehe

Monday, March 14, 2011

CYC day 14, timbangan kedua

OK, timbangan kali ni masih ada penurunan walaupun sedikit...


So last week 70.7 kg- 70.1 kg = 600 gram je...huhuhuhu
Tapi rasanya memang patut pun turun sedikit, sebab last week sangat tak berdisiplin dalam menjaga kalori makanan, hari sabtu belasah makan sarapan MCD , penkek MCD lagi...lepas tu hari ahad malam belasah steambot tak hengat diet...so terima lah padahnya kannn...

Sunday, March 13, 2011

Pindah lagi

Kami akan berpindah lagi, kali ni berpindah ke Cameron highland pulak. Lepas dah kena hantar ke seberang laut, dipindahkan pulak ke pulau, kali ni dipindahkan ke atas bukit pulak. Sekarang adalah sangat-sangat sibuk nak buat persiapan nak pindah, tambahan lagi dengan kerja-kerja yang semuanya deadline dekat-dekat..membuat kan saya tak sempat langsung nak update food diary untuk beberapa hari ini. Cuma berharap minggu ni dapat turun berat sikit pun tak pe, sebab bila sibuk ni mulut nak mengunyah je..huhuuhuhu

Friday, March 11, 2011

Pray for Japan

Risau sangat rasanya dengan adik dan adik ipar yang berada di Jepun. Rasa macam nak jemput diorang balik ke Malaysia malam ni juga. Tapi Alhamdulillah mereka selamat dan tiada apa-apa kecederaan cuma rasa terkejut, terutama adik ipar yang tinggal seorang di rumah masa kejadian . Kawan-kawan tolong la doakan keselamatan adik -adik saya dan rakyat jepun , semoga dilindungi daripada bencana.
Adik dan syaima, take care...........kami doakan korang sentiasa berada di bawah lindunganNya...

Monday, March 7, 2011

Timbangan pertama

Timbangan dibuat pagi tadi, alhamdulillah ada la penurunan sikit


Jadi sebelum ni 71.4 - 70.7 kg = 0.7 kg

Ok la tu, daripada naik, baik turun walaupun sikit kan..so hari ni mode adalah happyyyyyyyy...ok, tengok pulak minggu depan...jangan naik pulak sudey yer...haru nanti...

Hari ke 6 yang kantoi...

Hari yang paling kantoi setakat ni..diet ke laut bersama-sama dengan seafood yang dimakan ..so tak dapat nak buat good diary hari ke 6, tak pandai nak agak sebab makan macam- macam kat anjung ketam..buttermilk crab la, butter prawn la, sambal sutun, sutun goreng tepung la, makan tak hengat donia...sangat fail...

Saturday, March 5, 2011

Day 5...Kantoi...

Hari ni diet kantoi, sebab makan Pizza Hut....huwaaaaaaa....

Day 5

Friday, March 4, 2011

try test lagi



Tak puas ati betul, kenapa tak boleh enlarge lagi..huhuhuh..test lagi

Day 4

day 4

Food diary tak boleh nak enlarge yer..kenapa? saya cuba upload sekali lagi..

Day 4


Hari ke 3


Hari ni makan macam biasa, masih boleh tahan, cuma esok yang takutnya sebab hari cuti...tengok kan dah plan tak nak diet esok..hehehehe..hari ni dapat main badminton je dalam 40 minit, nak aerobic tapi takde mood pulak...

Thursday, March 3, 2011

Food Diary Day 1, 2 and 3

Ni sekali harung masuk, senang...susah jugak nak buat food diary ni, sebab makan macam-macam kan, so kena ikut nasihat kak noorcahaya la, plan dulu nak makan apa, baru senang nak buat food diary....

Day 1


Day 2


Day 3

Setakat ni boleh ikut diet lagi, harap-harap tak 'hot-hot chicken shit' la lepas ni..hehehehe

Tuesday, March 1, 2011

First day.....

First day diet contest...ni berat saya yang terkini, dah naik 8 kg semenjak bulan september 2009...selepas berjaya menurunkan berat dari 75 kg kepada 62 kg dari bulan disember 2008 sehingga september 2009, saya berjaya naikkan semula berat kepada 71 kg sampai ke tarikh hari ni...berjaya sungguh naikkan berat kannnn...soooooo tension bila ingatkan berat yang naik ni...




jadi bermula hari ni, mak doyah nak carik semula semangat diet yang dah hilang tu..huhuhuhu..dan juga semangat exercise...hari ni berjaya main badminton je dengan Faris, berapa kalori je yg burn, sebab main sangat la bersantai dengan faris ni, kalau main dengan abah doyah , baru la challenging kannn..

Ni gambar terbaru...Ada doyah terselit kat celah tu, dia memang suka enterprem orang bergambar...