Thursday, November 19, 2009

Susahnya nak cari rumah di Labuan

Dah lama tak update blog, nak kata busy tak la busy sangat jugak, tapi tengah susah hati ni sebab belum dapat rumah di Labuan. Esok nak pegi Labuan ni nak pegi survey rumah. Dapat je yang berkenan terus je la nak book. Kat sana rumah sewa mahal la, lagi mahal dari KL rasanya. Kawasan yang murah sikit tu selalu kena catu air pulak tu, ni yang risau ni. Doakan kami dapat rumah yang sesuai ye kawan-kawan.

Tuesday, November 3, 2009

Jalan-jalan cari pasal





Langkah Syabas Beach Resort

Minggu lepas abang Doyah habis peksa, so bawak la diorang ni jalan-jalan cari pasal ke Langkah Syabas Beach Resort kat Kinarut. Tak jauh pun dari rumah, dalam setengah jam je. Dah lama nak pegi sini, tapi asyik penuh je....Tengok kat websitenya macam best jek, so cuba la. Satu malam boleh tahan regenya, RM180, utk Superior Chalet. Kat sini chalet tak banyak, sebab tu selalu penuh, esp. cuti sekolah ler. Sangat sesuai kalau nak buat family gathering atau family day. Aktiviti Doyah ngan abang Doyah berendam kat swimming pool la, apa lagi.




Aktiviti paling disukai oleh Doyah









Doyah dan kuya-kuya (kura-kura)





Kitorang conquer kolam, masa ni dah pukul 9 pagi, orang ramai tido lagi, sebab malam tu ada satu majlis hari keluarga, diorang berkaraoke sampai pagi. Doyah ngan abang doyah mandi sampai kecut-kecut satu badan.




Kat dalam bilik







Kat luar bilik




Doyah cakap Bestttttt.....


Nak balik dah masa ni....bye......Tak tau lagi bila dapat datang, sebab kami satu family akan berpindah ke LABUAN hujung tahun ni. Bye bye Kota Kinabalu.....